hohohoho... ada pun jua sungguh teramat la lama blog ini tidak dikeluarkan warkah2 terbaharu.. maka sebabnya jua tidak lain kerna si penulis nya merasa kan malas tiada berkehendak untuk mengeluarkan warkah2 terbaharu buat tatapan para ikutan nya.. walhal nya dgn sbb itu bertarikh pada 2 haribulan oktober 2011 masihi ini bersamaan jua 4 zulkaedah 1432 hijrah, pada detik 3.00 pagi yg dingin..si penulis ini merasa akan jari nya ringan menari2 di hamparan pentas keyboard nya.. entah apa mimpi nya.. tp teramat lah mustahil baginya untuk bermimpi dengan sebab dia belum juga tidur di ketika ini..
setelah purnama-purnama sebelum ini si penulis blog ini tiada juga mengeluarkan satu pun warkah nya, maka banyak lah yang telah berlaku pada si penulis blog ini.. bermacam-macam perkara berlaku.. pada tarikh 9 haribulan julai 2011 masihi si penulis telah ke suatu tempat yang tiada pernah ia hadir sebelum ini.. maka hati si penulis sentiasa teringat akan halnya pada tarikh tersebut. teringat penulis ini akan pada segala kenangan itu tidak mampu gerakkan oleh jemarinya yang ligat menari namun halnya itu akan kekal lah jua ingatan itu di benak fikir nya..
maka kisah seterusnya ingin si penulis hebahkan, akan tetapi halnya tiada lah berlaku adapun jemari si penulis kini dikuasai oleh benak fikir nya yang demikian semakin longlai menari di hamparan keyboard.. adapun jua si penulis tiada la dapat juga melupakan akan ingatan nya pada keseronokkan nya si penulis menunaikan akan ibadah kepada YANG MAHA KUASA pada bulan Ramadhan.. maka syukurlah akan penulis bahawa dapat jua ia lakukan akan ibadah itu pada masihi ini.. setelah sepurnama penulis lakukan ibadah dgn izin dari NYA maka dapat jua ia merayakan hari kemuliaan.. maka itu lah Aidilfitri dapat sama2 penulis dan saudara seagamanya laungkan Kalimah kebesaranNYA.. lalu dapatlah si penulis akan undangan ke suatu majlis adapun untuk mengisi perutnya yang tiada jua lah besar.. maka si adik penulis tiada lah berbuat apa lalu diajak penulis ke undangan.. lalu tiba lah si penulis di lokasi undangan itu... maka kenderaan nya ditongkatkan tiada lah tumbang..lalu bersapa lah penulis memberi salam tiada lah ia berani langkah ia ke pintu.. bersapa ia tiga kali tiada berjawab.. namun tiada ia jemu menunggu jawapan.. maka si adik hanya diam terasa berkehendak menoleh ia ke suatu lokasi.. ternampak ia suatu wajah.. lalu..... dauss... sini lah..!! wakakaka... maka tiada lah malu saat itu..
*penulis tersilap rumah..nasib baik bawak adik.. hahaha..
lalu malunya tiada lah merebak halnya tiada lah yang nampak selain tuan undangan itu jua.. hahaha...